[HEBAHAN MEDIA] MPL Malaysia umumkan Anugerah Musim Ke-17; Majlis Pembukaan raikan legasi dan era baharu liga
6 April 2026 | 72 View



KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 6 April 2025—Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPL) mengumumkan secara rasmi Anugerah Musim Ke-17 ketika Minggu Pembukaan Regular Season yang diadakan dari 3 April hingga 5 April. Rangka kerja Anugerah Musim Ke-17 ini direka untuk mengiktiraf kecemerlangan di seluruh ekosistem, daripada pemain dan bakat hinggalah ke pencipta kandungan, pencerita serta pihak industri yang membentuk landskap esukan di Malaysia. Musim Ke-17 juga menandakan permulaan era baharu di bawah Program Perkongsian di mana anugerah ini mencerminkan evolusi berterusan MPL Malaysia ke arah ekosistem yang lebih tersusun dan mampan sambil memperluas pengiktirafan melangkaui prestasi kompetitif.

Untuk maklumat lanjut tentang kategori anugerah dan kriteria, layari https://my.mpl.mobilelegends.com/awards

Lagenda MPL Malaysia menyerahkan legasi kepada generasi seterusnya


Bermula awal musim ini, Majlis Pembukaan pada Hari Pertama (3 April) dipersembahkan oleh CelcomDigi menghimpunkan bersama empat figura ikonik MPL Malaysia iaitu Faris "Soloz" Zakaria, Lu "Sasa" Khai Bean, Muhammad Danial "CikuGais" Mohamad Fuad dan Mohammad Zul Hisham "Xorn" Mohd Noor dalam satu momen penyerahan legasi yang penuh bermakna dan simbolik. Ini merupakan penghargaan kepada mereka yang membantu membina MPL Malaysia menjadi seperti hari ini sambil membuka ruang kepada generasi baharu yang bersedia mencorakkan bab seterusnya bagi liga ini.

Saksikan video penuh Majlis Pembukaan di sini: https://www.youtube.com/live/Pu6UUtHTUMY?si=5EQACPIG9_xrRRxA&t=1357

Kedudukan Minggu Pertama: RRQ TORA mendahului dengan permulaan yang cemerlang
RRQ TORA (RRQ) muncul sebagai pasukan baharu yang nyata melangkaui jangkaan ramai orang pada Minggu Pertama di mana mereka berjaya mendapatkan kemenangan bersih 2-0 untuk berada di tangga pertama kedudukan ranking liga. Debut mereka yang cemerlang di MPL MY S17 menunjukkan disiplin dan kekuatan mereka sebagai sebuah pasukan, menjadi tanda awal bagi sebuah skuad yang sedang mencari rentak mereka. Dengan sokongan padu dari Kingdom, permulaan baik di minggu pembukaan ini membuka jalan kepada RRQ Tora menuju dominasi.

Jadual Minggu Kedua adalah seperti berikut:

Kesemua bahan media (contohnya jadual dan naratif perlawanan, nama pasukan serta foto hari media, foto perlawanan dan lain-lain) boleh diakses di MPL Malaysia Season 17 Media Assets Google Sheet.

Dapatkan lebih banyak info mengenai MPL Malaysia dengan mengikuti kami di laman sosial di bawah:

Beli tiket perlawanan di Laman Rasmi.

###

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang
Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) ialah salah satu permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih paling popular di dunia yang menyatukan komuniti melalui kerjasama dan strategi. Dengan lebih daripada 1.5 bilion muat turun dan 110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi pelbagai anugerah ini tersenarai dalam 10 permainan teratas di lebih 80 negara. Dengan capaian meluas di rantau Asia Pasifik, MLBB boleh dimainkan di 139 negara dan mempunyai kehadiran esukan global yang besar.

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang Esports
Ditubuhkan pada 2017, MLBB Esports berfungsi sebagai platform untuk pemain mengejar impian menjadi atlet esukan serta membuka peluang dalam ekosistem esukan antarabangsa. MLBB Esports kini telah berkembang ke pelbagai liga termasuk siri MPL yang dianjurkan di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika Latin. MPL merupakan siri acara esukan pertama yang mencatat lebih 1 bilion jam tontonan di seluruh dunia.

Mengenai MOONTON Games
Ditubuhkan pada 2014, MOONTON Games ialah syarikat permainan video global yang komited dalam pembangunan permainan, penerbitan dan esukan. Dengan lebih 2,000 pekerja di seluruh dunia, syarikat ini mempunyai pejabat di Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Latin, dan China. MOONTON telah berjaya melancarkan beberapa permainan mudah alih berprofil tinggi di peringkat global serta menjalin hubungan jangka panjang dengan kerajaan dan organisasi esukan di lebih 30 negara. Mobile Legends: Bang Bang ialah permainan utama syarikat dan merupakan MOBA mudah alih terkemuka di dunia. Untuk maklumat lanjut, layari: https://en.moonton.com.

Untuk pertanyaan media atau permintaan temu bual, sila hubungi:
Nisha Thasleem
Pengurus Perhubungan Awam (Luar Negara), MOONTON Games
Tel: +65 8422 7990
Emel: nishathasleem@moonton.com